Sunday 12 April 2020

RESEPI HOMEMADE PIZZA

-HOMEMADE PIZZA WITH BEEF, MUSHROOMS AND SAUSAGES-



♦️DOH PIZZA♦️

๐Ÿ“ŒBahan A:
๐Ÿ”…1 pek yis mauripan
๐Ÿ”…2 sudu susu pekat
๐Ÿ”…2 sudu gula
๐Ÿ”…3/4 cawan air suam
[campur semua Bahan A, biarkan kembang]

๐Ÿ“ŒBahan B:
๐Ÿ”…4 mug tepung gandum
๐Ÿ”…6 sudu minyak masak
๐Ÿ”…1 sudu baking powder
๐Ÿ”…2 sudu teh garam

๐Ÿ“Œ Cara-cara:

1) Gaul Bahan B hingga jadi serbuk roti.
2) Campur Bahan A ke dalam Bahan B. Gaul rata. Pastikan doh tidak melekat pada tangan. Jika masih melekat, tambah tepung.
3) Biarkan doh kembang selama 15 minit sebelum menguli doh untuk membuat pizza.
4) Selepas 15 minit, uli doh. Pastikan doh tidak terlalu tebal.

♦️PIZZA TOPPING♦️

๐Ÿ“ŒBahan-bahan:
๐Ÿ”…Cendawan butang (dalam tin, dicincang halus)
๐Ÿ”…Sausages (dipotong bulat/serong, tidak perlu goreng)
๐Ÿ”…Daging (goreng dengan garam+ lada sulah+ perasa, medium cook sahaja)
๐Ÿ”…Sos tomato
๐Ÿ”…Mayonis
๐Ÿ”…Cheddar cheese (jika beli Chesdale etc, hiris dahulu)

๐Ÿ“ŒCara-cara:
1) Gaulkan sos tomato dan mayonis. Sapukan atas doh pizza. [Jika rajin, sauce tu boleh tumis bawang holland, pati tomato, sos cili, garam, perasa]
2) Taburkan sausages, daging, mushrooms, dan cheddar cheese atas doh.
3) Bakar pizza dengan pembakaran atas bawah, suhu 180•c dalam tempoh masa 30-40 minit.

⚠️Siapa nak express, salut doh pizza dengan sos tomato dan mayonis sahaja. Nak pedas,makan dgn sos cili lepas siap dihidang.
⚠️Pastikan doh tak tebal. Supaya tepung masak dari dalam.

@iam_puterinorashikin

๐ŸŒนSELAMAT MENCUBA๐ŸŒน

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita #tastesbetterthanitlooks

Thursday 9 April 2020

RESEPI DONUT GEBU

-DONUT GEBU-

Anda mahukan donut yang gebu?
Kembang cantik?
Lembut tatkala masuk ke dalam mulut?




Lekas cuba resepi di bawah;

๐Ÿ“ŒBahan A:
๐Ÿ”…1 pek yis mauripan
๐Ÿ”…1 sudu susu pekat
๐Ÿ”…1 sudu gula
๐Ÿ”…1/2 cawan air suam
[campur semua Bahan A, biarkan kembang]

๐Ÿ“ŒBahan B:
๐Ÿ”…2 cawan tepung gandum
๐Ÿ”…3 setengah sudu minyak masak
๐Ÿ”…1 sudu baking powder
๐Ÿ”…1 sudu garam

๐Ÿ“Œ Cara-cara:
1) Gaul Bahan B hingga jadi serbuk roti.
2) Campur Bahan A ke dalam Bahan B yang digaul sebentar tadi. Gaul rata.
3) Biarkan doh selama 15 minit. Tutup dengan penutup untuk biarkan kembang seketika.
4) Selepas 15 minit, keluarkan doh yang telah kembang. Tumbuk adunan dan bentukkan donut.
5) Biarkan donut selama 15 minit sebelum menggoreng.
6) Selepas 15 minit, goreng donut dalam minyak dengan api perlahan.
7) Angkat dan biarkan seketika. Salutkan gula.

⚠️Biarkan donut hampir sejuk sebelum salut dengan gula.

Untuk lebih perkongsian, boleh ikuti instagram saya @iam_puterinorashikin. Jangan lupa untuk "like" instagram posts saya. Terima kasih.

๐ŸŒนSELAMAT MENCUBA๐ŸŒน

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita

Saturday 4 April 2020

RESEPI KEK BUTTER SUKATAN CAWAN

FLUFFY BUTTER CAKE WITH CHOC CHIPS

Anda mahukan kek butter yang gebu gebas?
Rasa cair dan moist di dalam mulut?
Tetapi tidak muak?

Jom cuba resepi di bawah. Yang pasti enak, in Shaa Allah.

For more sharing, you can follow my insta @iam_puterinorashikin. Don't forget to like my insta posts. Thanks.

๐Ÿ“ŒBahan-bahan:
๐Ÿ”…4 biji telur
๐Ÿ”…1 cawan butter
๐Ÿ”…1 cawan brown sugar
๐Ÿ”…2 cawan tepung gandum
๐Ÿ”…1 sudu kecil baking powder
๐Ÿ”…1 sudu besar susu F&N
๐Ÿ”…1 sudu kecil esen vanila

๐Ÿ“Œ Cara-cara:
1) Pukul butter dan brown sugar hingga kembang
2) Masukkan telur satu per satu
3) Pukul adunan hingga kembang
4) Masukkan esen vanila dan susu F&N
5) Masukkan tepung gandum dan baking powder
6) Bakar adunan kek selama 35-40 minit pada suhu 160•c

⚠️Jika ingin kurangkan manis, tidak perlu letak 1 sudu susu F&N. Atau boleh kurangkan brown sugar menjadi 3/4 cawan.
⚠️Biarkan kek hampir sejuk, baru potong untuk dapatkan potongan yang cantik. Kek agak moist.

insta: @iam_puterinorashikin

๐ŸŒนSELAMAT MENCUBA๐ŸŒน

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita






RESEPI ROTI KERING

ROTI KERING BERGULA HOMEMADE

Roti nak expired? Tak nak membazir?
Jom berjimat dengan mengikuti resepi mudah dan enak seperti di bawah...



๐Ÿ“ŒBahan:
๐Ÿ”…Roti
๐Ÿ”…Planta
๐Ÿ”…Gula

๐Ÿ“Œ Cara-cara:
1) Ratakan planta/butter atas roti
2) Potong 4 @ panjang seperti jejari (mengikut kreativiti masing-masing)
3) Salut dengan gula (Letakkan gula di dalam pinggan, tekapkan roti atas gula untuk mendapatkan tekapan gula yang rata pada roti)
4) Panaskan oven selama 5 minit sebelum membakar roti. Set temperature170•c/180•c. Guna pemanasan atas bawah.
5) Bila oven sudah sedia, bakar roti selama 25-40 minit (bergantung jenis @ jenama oven)
6) Bila dah siap, letakkan ke tepi. Biarkan suam @ hampir sejuk sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

⚠️Sapu planta/butter dan gula pada satu permukaan roti. Bukan kedua-dua belah.
⚠️Biarkan suam/hampir sejuk sebelum letak ke dalam bekas kedap udara. Untuk elak roti kering menjadi liat, agar tahan lama.
⚠️Pastikan roti yang dibakar tidak liat dan roti haruslah rangup.
⚠️Kerangupan roti atas selera masing-masing. Boleh laraskan suhu atau tempoh masa membakar.

For more sharing, you can follow my insta @iam_puterinorashikin. Don't forget to like my insta posts. Thanks.

๐ŸŒนSELAMAT MENCUBA

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita

Monday 13 November 2017

BUDGETING

-DUIT GAJI TAK CUKUP ?! -
.
Assalamualaikum. .

Siapa yang rasa duit gaji bulanan kita tak mencukupi? Walaupun gaji ribu riban? .
Haaa... Berikut merupakan antara tips yang WAJIB kita tahu untuk merancang kewangan (gaji bulanan) kita dgn lebih bijak. Siapa yg masih belum bekerja, ingat tips ini untuk diaplikasikan pada masa akan datang ya ๐Ÿ˜Š
.
Bila dah dapat gaji, agihkan mengikut peratusan di bawah: .
.
⚜10% bagi PARENTS-- why not kan? Mereka dah banyak berjasa kpd kita. Pemberian, walaupun sikit mampu mendatangkan berkat utk hasil titik peluh kita. Jika memberi kepada parents, nescaya rezeki akan dilimpahkan lagi. In Shaa Allah. .
.
⚜10% untuk AMAL JARIAH-- once we earn something, give it back to society. Ingat, kita mahu berjaya atau kaya kerana adanya MATLAMAT. Bila sudah capai (dapat gaji bulanan), ringankan tangan utk hulur kepada yang memerlukan krn dalam rezeki kita, ada rezeki org lain. Jadi, amalkan sedekah/infak/waqaf/target utk salurkan kepada badan kebajikan/rumah anak yatim/NGO
.
⚜40% brg keperluan-- what we need daily. Cth: makan&minum, fuel, toll, barangan peribadi, groceries, and so on.
. .
⚜20% for investment-- buat pelaburan seawal usia muda. Misalnya, melaburlah dalam ASB/ beli emas (sebaiknya barang kemas)/ unit trust/ shares--make sure that we've made research and gain knowledge on how to invest at the right time or refer to the expert one
.
⚜5% vacation/entertainment-- Nampak sikit bukan? Tapi, jika disimpan sikit2, lama2 jadi bukit kan? Ini target untuk bercuti ke mana2 pada bulan tertentu (cth: Simpan sikit2 utk holiday di Korea) .
.
.
⚜15% planned SVGs--untuk jangka masa pendek. Misalnya, untuk membayar car loan, down payment utk rumah dan lain-lain. .
.
.
๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†ini adalah cara BIJAK untuk mengurus kewangan๐Ÿ‘ .
.
.
"Jangan jadi orang yang gagal, uruslah kewangan anda dengan bijak agar kewangan stabil untuk hari-hari mendatang"


Ig:   iam_puterinorashikin

KISAH SI PAK TABAH

๐ŸŒธ KISAH SI PAK TABAH ๐ŸŒธ
.
Malam tadi, Puteri dan adik2 makan angin di Dataran Shah Alam. Saja nak spend quality time wif my siblings ๐Ÿ’˜ Dapat tenangkan fikiran juga๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž Sampai sana je,, Puteri dan adik2 duduk atas tangga berhampiran dataran. 
.
Lama berborak, datang seorang pak cik ke arah kami. Dia tanya "Adik, boleh pak cik tanya??? " Kami blurr seketika. Mata terkedip-kedip. Pak cik itu menanti jawapan kami. Sejenak, dia bertanya lagi,  "Dikk,pak cik tumpang tanya boleh??? ", cepat2 kami balas "Boleh pak cik.. " Dapat dirasakannya bahawa kami tidak selesa atau takut krn didatanginya. Usai mengiyakan pertanyaanya tadi, dia melabuhkan punggungnya di atas tangga, beberapa jarak dari kami.
.
"Dik, pak cik ingat dlu.. Dataran ni ramai sgt orang. Ramai juga menjual. Pak cik ingat lagi,  ada 2 org laki jual sate atas motor. Kenapa hari ni tak ada orang jual2?", dia  bertanya sambil menunjukkan jarinya ke arah kanan  dataran.
.
Jawab kami, "memang ada pak cik.. Tapi, maybe malam ni tak ada sebab dorang jual bila ada apa-apa acara". Benarlah, adik Puteri pernah menjejakkan kaki ke situ tatkala berlangsungnya tayangan bola, banyak gerai atau food trucks dibuka. 
.
"Patutlah.. Pak cik ingat malam ni ada.. Sbb pak cik datang setahun yang lepas" balasnya. Kami terpinga-pinga mendengar jawapannya. 
.
Mulalah, Puteri rasa curious. Tanyaku "Setahun? Lama juga ya.. Pak cik dari  mana? "
.
"Pak cik dari Klang...pak cik naik bas rapid tadi ke sini"
.
"Ohh,, pak cik dari Klang.. Memang asal sana?? " tanya adik Puteri. 
.
"Tak la, pak cik asal Melakaw.. Pak cik menjelajah. Cari tempat tido. Tadi pun, pak cik naik bas, nasib dorang kasi pak cik naik.. Sbb pak cik tak ada duit nak bayar tambang bas" Allahu,, perasaan kasihan kami tumpah padanya. 
.
"Macam mana pak cik boleh datang sampai ke KL?" Puteri berasa hairan dan menunggu jawapan daripadanya dgn penuh setia. 
.
"Pak cik tak ada keluarga. Dulu, pak cik pemandu lori seluruh Malaysia. Tapi, pak cik dah diberhentikan. Pak cik tak ada kerja. Dah cari merata. Pergi restoran dan warung. Katanya, tak nak ambil orang sbb dh cukup pekerja" luahnya dengan sayu. 
.
Adik2 di sebelah sudah berkaca mata mereka. Tinggal butir2 jernih itu untuk menyembah ke bumi. Namun, sempat diseka. 
.
"Pak cik memang tak ada keluarga langsung? " tanyaku lagi, dalam nada sedih. 
.
"Pak cik dulu dibesarkan oleh arwah pak cik.. Cuma adalah 1 keluarga di Pulau Tioman"
.
"Pak cik tak cuba balik Pulau Tioman?" bertalu-talu pertanyaan keluar dari bibirku. 
.
"Ya Allah, dik.. Kalau pak cik ada duit, pak cik dah balik balik ke Pulau Tioman malam ni juga. Sebab apa pak cik nak balik malam, sbb feri start pagi.. Kalau balik malam dari sini, sampai sana pagi. Boleh terus naik feri"
.
"Pak cik ingat jalan ke rumah keluarga pak cik tu? "celah adikku pula. 
.
"Pak cik ingat. Ingat sangat. Sebab jalan kampung je dik" balasnya. 
.
Sejenak, ekor mataku melirik ke arah beg kecil yang tergantung di bahunya. Puteri bertanya "Apa ada dalam beg tu pak cik? "
.
"Oh.. Beg ni orang baru kasi tadi kat Klang. Pak cik jalan kaki sebelum orang kasi naik bas. Dalam beg ni ada 2 baju t-shirt, 1 kain pelikat. 4 hari lepas, beg pak cik hilang di surau hospital. Dalam tu ada 5 baju kemeja, sejadah, songkok, baju melayu. Apalah dorang nak sangat, itu je pak cik ada.. Pak cik mana ada harta lain dah" rintihnya lagi. 
.
Kemudian, Puteri lontarkan lagi pertanyaan "Kat hospital mana hilang beg pak cik tu? "
.
"Kat kospital besaw di Klang" "Ni pun, ada orang dermakan baju dan seluor", nyatanya sambil bibir menjuihkan ke arah t-shirt berbelang biru putih yang dipakainya dan seluar slack berwarna hijau. "Seluor ni pun dah berbau. 4 hari pakai. Nak basuh nanti, nak pakai apa masa tunggu kering? Pak cik pun tak sanggup bau sebab busuk dah. Orang lain pun tak sanggup bau pak cik rasa.. "luahnya. Allahu, kesiannya... 
.
Seraya itu, Puteri mengajukan soalan "Pak cik dah makan? "
.
Lambat2 sambil tersipu malu, dia membalas "Hmm.. Kalau ada orang beri, adalah.. Kalau tak, tak makan la pak cik. Pak cik belum makan lagi"
.
Allahu, sedih mendengarkan kata-kata yang terbit dari mulutnya. Pantas, kami menghulurkan apa yang termampu. Dia menerima dengan hati terbuka walaupun riak mukanya jelas kelihatan malu untuk menerima. 
.
Puteri dan adik2 mengalihkan pandangan seketika ke dataran di hadapan kami. Sambil itu, sempat bebola mataku melirik ke arahnya. Puteri dan adik2 perasaan bahawa pak cik itu terkumat kamit melafazkan "Alhamdulillah, syukur pada-Mu Allah" sambil mencium wang tersebut dan menyimpan ke dalam kocek seluarnya. 
.
"Pak cik harap, malam ni tak hujan" dia memandang ke kiri kanan dataran. 
.
"In shaa Allah, tak hujan pak cik.. Sebab tadi pagi hingga petang dah hujan" kami tahu dia mahu tidur di dataran itu. Hmm, kesiannya.. 
.
"Kenapa pak cik tak cuba tido di masjid atau surau? " tanyaku
.
"Sebab ada kes. Dorang takut duit tabung masjid atau surau hilang. Bukan semua orang sikap macam tu dik. Tapi, pak cik tak boleh nak cakap apa, sbb betullah, dorang mesti takut" balasnya
.
Allahu.. Perasaan simpati kami tidak henti2 tumpah kepadanya. Malam ni kita tidur selesa di atas katil, dia? Hanya berlantaikan jubin keras dan berbumbungkan langit yang terdedah, menanti hujan atau sebaliknya. Dengan kesejukan puing-puing angin yang mungkin akan membalut tubuhnya yang sekeping itu.
.
Lama berborak, tiba masanya untuk kami gerak. Dek hari semakin gelap. Tidak baik lama-lama di luar. Keselamatan adikku perlu dijaga. Kami mempamitkan diri sambil mendoakan yang baik2 untuknya. 
.
Dia menghantar kami dengan ekor matanya yang setia dan tepat ke arah kami, hingga kami hilang di balik pandangannya. Kami juga begitu. Ya Allah, sedih dirasakan๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
.
.
.
Pesanan untuk kita semua, jika punyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya. Jangan diabaikan. Mungkin mereka banyak kerenah, atau tidak mahu mendengar kata. Biasalah, umur meningkat dan sudah lanjut usianya. Dulu, mereka jaga makan pakai kita, basuh berak kita, layan rengekan kita pagi dan malam tika sedang lapar/dahaga/sakit. Kini? Pengorbanan kita pula..Jagalah mereka. Jangan diserahkan kepada orang lain. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani,mengasihi,dan menyayangi kita. Pengorbanan dan kasih mereka tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Jangan halau mereka dari rumah. Derhaka namanya!!! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜  
.
"Ya Allah, jadikan kami anak yang mendengar kata, menyayangi ibu bapa apa adanya, menjaga mereka dengan baik hingga hayat mereka sudah tiada. Jangan jadikan kami anak yang lupa diri, seperti si tanggang/kacang lupakan kulit. Jauhkan kami daripada perangai2 negatif ini. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mendengar" Allahumma amin.. 
.
Andai kita terjumpa orang yang memerlukan,bantulah semampu mungkin. Jika terjumpa gelandangan, berilah makanan/pakaian/payung/tempat untuk mereka baring/wang.Sedekahlah kerana ia akan meluaskan pintu rezeki. Kasihanilah mereka. Begitu juga, orang susah atau anak yatim. 
.
.
Sekian, minta maaf andai ada salah dan silap



Ig:   iam_puterinorashikin
       

DELAYED GRATIFICATION



Assalamualaikum :)

Guys,,,
Korang pernah dengar "Delayed Gratification"??
Haa...Apa tu??

Haa, ni Puteri nak share,,,

DELAYED GRATIFICATION ni macam korang tangguhkan dulu kesenangan/kemewahan/kebahagiaan korang,,,,

Tapi FOR SURE akan tercapai dalam tempoh masa yang dah kita target (atas USAHA, In Shaa Allah) Macam mana tu???

Cuba fahamkan situasi di bawah:

1) FOR HEALTH
Cth,, korang sanggup diet. EEEE,, geram je tengok kawan makan sedap-sedap,, tapi korang tahan daripada ambil makanan manis,, end up dalam tempoh beberapa bulan, korang dapat turunkan berat badan. Faham?? Ini salah satu contoh DELAYED GRATIFICATION.

2) FOR PURCHASES
Korang tahu,,ada latest products yang korang nak sgt,, tapi korang tak beli sebab tahu,, itu hanya kemahuan, buka keperluan! So korang dah set dalam minda "Aku yakin, jika aku tak beli benda kemahuan, boleh dijadikan modal untuk aku berniaga, boleh menjana side income!"

3) FOR SAVINGS
Hujung bulan, rasa nak beli macam-macam kan?? Tapi korang cuba tahan dulu nafsu untuk membuat savings,, and for sure boleh invest to create more WEALTH!

LAGI???

Jadi penulis novel. As an example, si penulis novel sanggup korbankan waktu untuk enjoy, lepak dgn kawan,,ketepikan short vacay,, semata-mata untuk hadap laptop, untuk habiskan plot penceritaan, then, terhasillah NOVELnya dgn jayanya. Tiap kali nak terbit, akan jana PASSIVE INCOME. Masyukkkk! 

Really worth it kan?

So, apa DELAYED GRATIFICATION korang???



Ig:  iam_puterinorashikin