Morning guys :)
Okay, hari ni saya nak share story sikit...
As a student, lecturer kan selalu bagi assignments pada kita kn? (ni bukan nak condemn tau..hehe)
So, untuk sem 5 diploma saya, ada lecturer ni beri assignment pada kami (ikut kumpulan). Kami kena buat satu video and send dalam #hardcopy (korang akan tahu kenapa saya buat sign #)
Al-kisah, saya bersama ahli group saya pun mulakanlah langkah untuk shoot. Lepas dua minggu diberi tugasan tak silap..haha... sebab rasa ada banyak masa lagi since lecturer nak video tu after kami naik cuti sem.. So, saya pun start la buat script, kami pilih untuk shoot video about Terengganu as kami belajar di Terengganu. Jujur saya cakap, nak habis sem pun saya still tak dapat mengenali negeri Terengganu dengan baik. So, I had took that opportunity untuk shoot video about interesting places in Terengganu (ambil idea salah sorang ahli group, dia orang ganu). Maklumlah, saya pun nak juga tahu pasal "negeri cantik, budaya menarik, dan orangnya baik-baik" ni. (betul ke tagline ni? haha). Something like that...
So, for the first day of our shooting, kami tak berlakon lagi, just survey beberapa tempat di Terengganu yang boleh kami shoot kat sana nanti...Antara tempat yang kami plan nak shoot ialah Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam, and so on (tempat selebihnya korang tengok dalam video).
Okay, masa shooting, tak ada masalah sangat. Kami sekumpulan ada 4 orang. Nak cari cameraman pun tak susah..ada kawan-kawan dari kos lain..Alhamdulillah.. But once kami nak edit, masa tu memang banyak dugaan perlu kami tempuh. First, me and my friend dah edit scene 1 till 5 (saya first time belajar edit edit ni) Unfortunately, bila abang kawan balik, dia cakap kami tak save lagi dalam folder komputer, sebab video tu still ada dalam pendrive (abang dia belajar pasal photography). Haha.. tak tahulah, rasa nak nangis atau gelak lepas tahu scene yang diedit since tengah hari till nak dekat maghrib tak menjadi.. tak apa, saya and others still gagahkan diri untuk edit semula.. Kami edit video tu tiga hari berturut-turut.
Yang bestnya, saya dapat buat teh tarik kat rumah orang and serve others (tidur rumah kawan dalam proses nak buat video). Saya suka sangat sebab saya dapat hidangkan air teh tarik tu kat mak ayah kawan. Serious, dorang memang cool! Tahu tak, first time saya buat teh tarik kat rumah dia, saya bagilah dorang minum.. Mak kawan yang minum tu cakap, rasa dah sedap, tapi "colour" teh tarik tu tak cukup umphh.. haha.. Tahu tak kenapa? Sebab, saya just guna satu uncang teh je nak buat satu jug teh tarik (malu kut rumah orang nak guna uncang banyak-banyak). Last-last mak dia cakap, tak payah malu, lepas ni guna 3/4 uncang, kasi warna air tu molek.. Anak dia merangkap kawan sekumpulan saya pun setuju apa yang mak dia cakap.. haha.. So, lepas-lepas tu memang saya guna 3 uncang teh, rasa pun semakin umphh! (sorry lari tajuk cerita)
So, back to our story, kami edit video tu (masuk setiap scene, masuk lagu, masuk subtitles, masuk transition) sampai tidur pukul 3, 4 pagi.. Mak dia kesian tengok kami tidur lewat macam tu.. Nak buat macam mana, lumrah kehidupan as a student.. Memang kami tak cukup tidur sepanjang proses mengedit. Mata "panda" mulalah terserlah pada wajah kami. hehe..
Sebenarnya banyak lagi liku dan pancaroba yang perlu kami tempuh sepanjang nak edit video tu, tapi saya nak pendekkan cerita. Untuk cerita di sini, memang tak cukup (biarlah saya semat memori tu dalam hati kemas-kemas).
Okay, finally kami dah berjaya siapkan video tu! tinggal sehari lagi tempoh masa kena hantar pada lecturer. Time nak burn dalam disc, korang tahu tak betapa terkejutnya kami sebab video tu memang berdurasi lebih kurang 18 minit, tapi tak muat untuk satu disc tu. Bila tahu sebab apa, rupa-rupanya kualiti video tu tinggi sebab guna Nikon DSLR Camera (jangan tanya saya pasal kamera, memang saya tak tahu sangat). Okay, kami cuba alternatif lain pula.. Do u know that, kawan saya sampai sanggup habis beratus ringgit untuk beli hard disc. Nampak tak pengorbanan dia kat situ? Rasa serba salah mula-mula sebab dia sanggup beli hard disc untuk masukkan video dalam tu.. (cadangnya, masukkan video dalam hard disc, bila jumpa lecturer nak transfer dalam computer dia). Tapi kawan saya cakap, "tak apa, kte nak guna gak lepas ni". Rasa legalah juga sebab nampak kepentingan hard disc tu untuk dia.. Okay, kami berjaya masukkan video tu dalam hard disc. Serious, rasa happy sangat sebab dah berjaya transfer video dari computer ke hard disc. Now, tinggal nak send.
Okay, hari nak send video pun tiba..jeng jeng jeng.. Kami jumpa lecturer, cadang nak hantar la. Kami duduk dulu, tarik nafas sebab takut lecturer tak nak terima.. Memang betul apa yang saya jangkakan, lecturer memang tak nak dalam bentuk tu. Dia cakap "kan saya dah cakap, untuk first day lagi, students kena hantar dalam bentuk #hardcopy, saya tak nak dalam bentuk hard disc ni.. Computer saya pun tak boleh nak terima bila video di-transfer ke sini. Selama saya ajar students saya, tak pernah jadi lagi situasi macam korang ni. Saya dah ajar banyak sem, nilah first time students datang jumpa saya, cakap macam ni. Saya dah pesan #hardcopy". Okay, waktu lecturer cakap macam tu, and tak nak terima, Allah je tahu betapa luluh hati kami sebab time nak edit pun dah banyak dugaan, sekarang datang lagi? Saya memang rasa down, and nak give up, tapi bila fikir pengorbanan kami terlalu banyak, tak kan nak berhenti separuh jalan kan? tak kan nak give up kan? Tapi, kami tak salahkan lecturer sebab salah kami tak alert awal-awal. SALAH KAMI.
Tiba-tiba, lecturer cakap. "Awak boleh masukkan video tu dalam pendrive, tapi nak ke bagi pendrive tu secara permanent kepada saya?" So, after kami dah dengar, kami cepat menggangguk dan mengiyakan sebab kami dah tak tahu nak guna alternatif apa dah.. So, kami keluar dari bilik lecturer, pergi kedai komputer, suruh abang komputer tu masukkan dalam pendrive baru yang kami beli kat sana. Time tu pun ada ujian, tapi saya rasa agak panjang nak cerita. Alhamdulillah, video tu boleh muat dalam pendrive 8gb lepas abang tu standardkan pendrive tu dalam bentuk ntsp. Kami pun send lepas tu and minta maaf kat lecturer tu atas semua salah silap kami.
So, korang yang nak tengok video kami tu, search kat youtube--- "Tempat menarik di Terengganu (interesting places in terengganu)" berdurasi 17:27 saat. Selamat menonton! Tapi, jangan condemn kami tau kalau nampak kesalahan sepanjang video tu baik dari segi garapan lakonan, subtitles, atau pronunciation. Kami still belajar and the most vital thing, kami bukan pelakon (tu tak pandai beraksi di depan lensa kamera)
So, moral of the story:
1) Never give up (if you feel like giving up, just look back on how far you are already)
----betullah, kami dah banyak berkorban, tak kan nak biarkan pengorbanan kami sia-sia kan?
2)Don't be rude to your lecturers
----Korang pun tahu kan, kalau kita derhaka kepada lecturers, ilmu yang diajar oleh mereka tak berkat kan? Nak ke hidup kita tak berkat?
3)Every cloud has a silver lining
----Okay, korang pun tahu kan, hidup kita ni pasti akan tersepit dalam liku-liku yang berduri, sebab apa? sebab Allah akan hadirkan hikmah selepas itu, walau lambat atau cepat, tapi percayalah akan kekuasaan-Nya :)
Contoh, for me, hikmah yang saya nampak, hubungan saya and ahli kumpulan bertambah erat, saya dapat entertain mak ayah kawan saya (rasa macam dorang parents saya, huaaaa, rindu umi abah saya)
4)Be prepared
Sebelum nak buat apa-apa, buat research dulu..Bersedia yang penting!
So, that's all from me. Hope korang boleh ambil pengajaran dari cerita ni. Thank you :)


