Thursday, 21 January 2016

BE GRATEFUL

Assalamualaikum...

"BE GRATEFUL". 

Bagi saya, suatu kata yang bermakna untuk kita semat di dalam hati. Ya, "Bersyukur". Sebagai seorang insan, kita perlu bersyukur dalam apa jua yang kita peroleh. Baik sesuatu itu mendatangkan kesenangan kepada kita mahupun sesuatu itu  mendatangkan kesukaran kepada kita. Yang penting, sentiasa bersyukur. 

Nak tahu tak, malam tadi, saya baru semak keputusan peperiksaan bagi semester yang lepas. Sekarang, nak menginjak semester baharu, dan lepas tu tamatlah pengajian Diploma Perbankan saya di Universiti Sultan Zainal Abidin. Buat kali kelima, saya telah mendapat keputusan yang memuaskan dan membanggakan (tiada niat untuk riak). Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana telah memakbulkan doa-doa saya. Tidak sia-sia usaha saya selama ni. See? "Bersangka baik kepada Allah". Yang penting, USAHA perlu ada untuk melahirkan benih kejayaan. 

Sebelum ni, ramai tanya, apa rahsia kejayaan saya? Hmm, sebenarnya, saya segan untuk berkongsi. Maklumlah, segelintir manusia akan menyalahtafsirkan kenyataan yang lahir daripada mulut seseorang. Sebab apa? Mungkin ada yang cakap berlagak...Mungkin ada yang cakap riak..etc. Namun, bukan semua berperangai sedemikian. Oleh itu, saya ingin share beberapa tips yang sering saya amalkan dalam proses pembelajaran. Selamilah rahsia saya ini walaupun tidak dinafikan ramai yang sudah berbuat sedemikian. 

1) Ikhlas.
Abah saya selalu cakap, "Apa yang kita lakukan, niat ikhlas mesti bertempat di hati". So, kita belajar ni bukan hanya nak flying colours for each exam paper, tapi kita mesti sedar apa tujuan kita belajar? Nak berjaya je ke? Nak pandai je ke? Nak dapat result bagus, kerja mesti bagus dengan gaji lumayan? Bukan ni je kalian, kita kena sedar TUJUAN kita. Yang penting, ikhlas.

2) Hormat pensyarah.
Hmm, ini kadang-kadang, segelintir students jadikan hal remeh. Pandang enteng. Buat tak tahu. Senang cerita, buat bodoh (Opss, bukan nak keluarkan perkataan tak baik). Kita kena sedar, as a student, lecturer is an important person for us. Why? Sebab, tanpa mereka, ilmu yang mungkin kita nak belajar, tak akan sampai ke pengetahuan kita. So, kita kena always respect our lecturers, no matter what. Bukan apa, saya sedih tengok segelintir students sanggup melawan balik apa yang lecturers mereka cuba nasihat dan cakap, ada yang meniru rakan lain time tests padahal lecturer dah bagi amaran sebelum tu, dan banyak lagi. Senang cerita, kita kena hormat pensyarah kerana akan ada keberkatan bagi setiap apa yang kita pelajari. Sedih kan jika ilmu yang kita pelajari tidak berkat?

3) Hormat rakan-rakan.
Kita bukan hanya perlu hormat pensyarah, tapi hormat kepada rakan-rakan juga amat penting. Yang perlu kita ambil perhatian, jangan mengata rakan-rakan kita atau membusukkan nama mereka. Ingat, jika kita membuat kesalahan kepada orang lain, pasti akan terkena kepada kita juga. Lumrah kehidupan. (hehe, bunyi macam karma kan?)

4) Hormat ibu bapa.
Okay, hormat ibu bapa memang paling utama dan penting. Semua pun tahu kan, pengorbanan ibu bapa kepada kita. So, tak sukar mana pun untuk menyenangkan mereka dengan sentiasa menghormati mereka setiap masa. Jujur saya cakap, peranan menghormati ibu bapa amat penting dalam setiap result yang saya peroleh hingga kini. Amat amat amat perlu dan utama. Cuba kalian amalkan, sebelum exam, kalian minta maaf daripada mereka. Jangan segan silu untuk terbitkan ucapan maaf dari bibir kita. Tak rugi pun. Jangan malu. Malulah bertempat, pada tempat yang sepatutnya. Kita minta ibu bapa maafkan khilaf kita, halalkan makan minum kita, doakan yang terbaik untuk kita. Cuba amalkan, in shaa Allah.

5) Jangan berdendam.
Sebelum exam, lebih baik kita maafkan semua orang. Janganlah kita mengumpul dendam di hati hingga sanggup meranapkan diri. Jujur saya cakap, tak best pun ada dendam dengan orang. Jika orang buat jahat dengan kita, balaslah dengan kebaikan. Kelak, mereka akan malu dan sedar dengan kelakuan tidak baik mereka. Mana tahu berubah selepas tu kan? So, sebelum menghadapi peperiksaan, kita perlu leburkan segala dendam kita dengan orang. Agar hati sentiasa tenang masa nak jawab exam tu. Kita kena sentiasa memaafi orang.

6) Kongsi ilmu yang ada.
Bukan nak riak, tapi jujur saya cakap, jika kita share ilmu yang kita pelajari dengan orang lain, nescaya ilmu kita makin bertambah. Allah akan memperkayakan lagi pengetahuan kita. Saya masih semat nasihat daripada abang saya "Jangan kedekut ilmu. Kongsilah dengan orang lain. Jika kita kedekut ilmu, bila-bila masa Allah akan tarik nikmat kebijaksanaan kita".


So, perkara di atas merupakan beberapa tips yang saya amalkan sebagai pelajar. Saya bukan jenis yang rajin orangnya like always do revision, buat exercises. Saya hanya akan gigih bila nak dekat-dekat exam. Jujurlah, saya bukan ulat buku ke, rajin tahap gaban ke, but I'm just a normal person. Yang ini, jangan ikut saya, haha. My lecturer had said, "Study smart is better than study hard". So? apa lagi,study smart lah ya kawan-kawan yang kusayangi sekalian... 

Hope kalian boleh ikut beberapa tips yang saya share di atas. Thanks bagi mereka yang amalkan. Harap-harap kalian istiqamah dengan apa yang kalian lakukan. Sebab, untuk terbitkan mutiara kejayaan bukan mudah, perlu melalui usaha yang kadang-kadang dirasakan payah, namun akan menjadi sesuatu yang manis dan berbaloi, tanpa mengerti erti penat dan lelah. 

Semoga bersua di lembaran baru. Thanks. Bye :)





No comments:

Post a Comment