Assalamualaikum..
Selamat bersua kembali :)
"Terima Kasih".
"Thank You".
"Xiexie".
"Nanri".
Apa yang korang faham dengan perkataan-perkataan di atas?
Yeah, of course ada yang tahu, perkataan kat atas masing-masing daripada terjemahan Bahasa Melayu, English, Mandarin, and Tamil. Walaupun terjemahan lain-lain, tapi membawa erti yang sama.
Contoh, kalau seseorang dah buat something kat kita, pasti kita akan ucapkan terima kasih sebagai tanda menghargai jasa dia kan? Betul atau tidak? (ke, korang lupa nak ucapkan terima kasih once orang dah buat baik kat korang?, hehehehe..acah je)
Korang tahu tak, ucapan terima kasih ni bukan sahaja bawa maksud sebagai tanda penghargaan kepada seseorang, tapi juga mampu memiliki banyak makna pada telinga pendengarnya.
Tak faham? Okay, saya akan terangkan...
First, kita ucap terima kasih sebagai tanda kesopanan. Korang tahu tak, tak susah pun nak luahkan ucapan terima kasih ni kalau ada orang dah bantu kita. Boleh jadikan kita seorang yang sopan tau...
Second, terima kasih ni merupakan salah satu ucapan bagi sesebuah pengiktirafan. Tak faham juga? Mari sini saya terangkan.. Contohlah, kalau kita dah buat sesuatu kerja keras, pasti kita nak ada orang hargai effort kita tu kan? (ni bukan nak riak, tapi at least nak orang hargai dan nampak sikap tanggungjawab kita). Misalnya, dalam sesebuah organisasi persatuan, kelab, mahupun di syarikat.
Third, ucapan terima kasih akan melahirkan motivasi kepada seseorang. Bila kita ucapkan terima kasih kat seseorang yang dah bersusah payah buat kerja, pasti dia akan rasa dihargai kan? Bila rasa dihargai, pasti akan menyebabkan dia rasa lagi bermotivasi untuk buat kerja pada masa akan datang kan?
Fourth, dengan ucapkan terima kasih kepada seseorang, actually, kita dapat wujudkan nilai kesamarataan (rasa rendah diri, rasa sama rata dengan yang lain). Cuba korang bayangkan, hamba Allah A ni ucap terima kasih kat kawan yang dah bantu dia, tapi yang hamba Allah B ni tak ucap terima kasih walaupun kawan dia dah banyak sacrifice untuk dia. Korang nampak hamba Allah A atau hamba Allah B yang ego? Mestilah yang B kan?
So, lepas ni kita haruslah peka dan prihatin atas segala bantuan yang dah kita terima daripada orang lain.Yang paling penting, jangan lupa ucap "Terima Kasih". Korang, saya rasa tak rugi pun kalau kita ucap terima kasih. Saya rasa tak sia-sia pun kalau kita ucap terima kasih. Saya rasa tak berdosa pun kalau kita ucap terima kasih.
So, ringan-ringankanlah mulut selepas ni untuk ucap terima kasih kat orang yang dah berbudi dengan kita. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Jangan lokek untuk ucap terima kasih. Yeah, maybe seseorang itu tak meminta untuk dihargai dengan ucapkan terima kasih kepada dia, tapi, disebabkan Allah dah beri kita akal untuk berfikir, so, rendah diri sikit untuk ucapkan terima kasih. In shaa Allah, dia akan senang hati dan gembira.
As for me, kalau dah buat something, saya tak mengharapkan dibelanja, diberi hadiah, disebarkan cerita tentang apa yang saya buat kat seseorang tu, tapi saya memang amat amat amat menghargai jika seseorang tu ucapkan "Terima kasih". Memadai ucapan itu untuk singgah di gegendang telinga saya. Saya tak minta lebih. (hope tiada yang salah tafsir misalan saya ni dan fikir saya riak). Tak ada niat langsung untuk riak. Cukuplah kita sekadar berkongsi kebaikan bagi kepentingan bersama.
So, moral of the story:
1) Appreciate the little things
2) Never ignore the person who loves and cares for you, because one day, you might wake up and realize, you lost the moon while counting the stars.
3) Jangan sesekali berasa bahawa maruah kita akan jatuh dengan mengucapkan terima kasih kepada seseorang.
4) Jangan sesekali bersikap ego hingga rasa susah untuk menerbitkan ucapan terima kasih dari bibir kita.
Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk singgah ke blog saya ini.
May Allah bless all of us.

