
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, kita bersua lagi di lembaran yang baru. Huhu, lama tak publish new post.
Memandangkan exam is just around the corner, tiba-tiba teringat akan beberapa tips yang saya amalkan sepanjang bergelar graduan Diploma Pengajian Bank suatu ketika dulu. (Now, I'm an ex-dip student, and further my studies in Bachelor of Islamic Finance).
First of all, saya just nak share sahaja beberapa petua yang saya dah amalkan. Alhamdulillah, menjadi dengan izin Allah. Nak tahu apa? Jom baca di bawah ni :)
1) Jaga hubungan dengan Allah. Yup, that's true! As a Muslim, kita kena dirikan tiang agama kita iaitu dengan solat 5 waktu. Sebaik-baiknya, solat awal waktu. Why? Sebab, bila kita dah penat menghadap assignment berjam-jam, after dah solat, kita akan rasa seolah-olah badan sudah di-charge semula. (Hehe, macam battery la pulak). After you have prayed to Him, doalah seikhlas hati. Merayulah kepada-Nya agar apa yang dihajati termakbul. But, effort is important, okay? Selain solat 5 waktu, boleh amalkan solat sunat yang lain seperti solat Tahajjud, solat Hajat. Depends on us. Ikut kemampuan kita.
2) Respect both of your parents. Indeed! Kita harus sentiasa menyayangi kedua ibu bapa kita. Hormatilah segala keputusan mereka, asalkan tidak bercanggah dengan Islam. Ibu sudah melahirkan kita, ayah perih mencari nafkah untuk membesarkan kita. So, kita kena sentiasa hormati mereka. Tipulah, kita tak pernah terasa apabila dimarahi. But, we need to know that, mereka dah banyak makan garam dari kita and they want to teach us. Right?
3) Respect others. Others tu merangkumi keluarga terdekat kita, sanak-saudara, sahabat handai, and the most important thing is respect our lecturers. Pensyarah atau guru merupakan insan yang penting sepanjang kita bergelar pelajar atau mahasiswa/i. Daripada mereka, kita dapat memperoleh pelbagai manfaat ilmu. So, sentiasa jaga hati mereka, jangan mengata belakang akan keburukan mereka (Ex: we don't like on how they teach us). Daripada kita nak mengata belakang tu kan, adalah sebaiknya kita personal talk dengan lecturer tersebut, beritahu apa yang kita dia ubah. Tak salah kan? Tak semestinya orang yang lebih tua daripada kita tidak melakukan kesalahan dan tidak semestinya kita yang muda ini tak ada hak untuk menasihati kan? Hehe. Don't get me wrong. Sebab apa saya pesan macam ni? Sebab khuatir if kita selalu bercakap buruk akan lecturer yang dah susah payah ajar kita, bimbang ilmu yang dikutip daripada mereka tak berkat. Same goes to our friends. Saya sedar, sepanjang saya bergelar pelajar Diploma, rakan-rakanlah yang paling banyak menabur budi kepada saya. They have with me through thick and thin. Kita perlu untuk hormat mereka juga, okay?
4) Always come early to class. Okay, part ni saya suka. As a student, kita harus datang awal ke kelas. Biar kita hadir awal ke kelas, daripada pensyarah atau guru kita. Biar kita tunggu mereka, jangan mereka yang tunggu kita. Sadly, apa yang saya sering nampak. Students fikir lecturers tu macam friends mereka dah. Sesuka hati nak masuk lewat ke kelas. Alasan yang diberi pun sudah lapuk.
"Why you come late?"
"Err, bangun lewat, Sir"
"Lupa kunci alarm, Miss"
"Saya duduk luar"
Macam-macam alasan. Kenapa? Yang lain okay je datang on time. Ughhh..
Boleh if nak beri alasan, tapi biarlah rational and munasabah, untuk certain matter yang tak dapat dielakkan. Itu boleh la nak consider lagi kan?
5) Respect university staffs. If kita terserempak dengan warga universiti seperti tukang sapu sampah and so on, ringan-ringankanlah mulut untuk beri salam. You find it's difficult for you to do that? Okay, tak apa. Guna cara lain. Haa, kali ni, senyum seikhlas hati kita kepada mereka. Mudah kan? Dapat pahala lagi :) Put a bright smile on your face. Macam apa yang saya dengar di corong radio, "Senyumlah. Semua manusia yang senyum memang menawan. Even muka macam pecah rumah pun, akan bertukar bila dah senyum." Hehe.
6) Don't do plagiarisme. This is vital for us not to ignore it. As students, kita tak lepas untuk melakukan plagiarisme/copy bahan-bahan berkaitan. Macam mana? Misalnya, kita dapat tugasan. Haa, sebab last minute, kita main pinjam tugasan kawan dan senang-senang tiru. Don't do that! Ini buka semua yang buat, hanya segelintir sahaja. Janganlah buat macam tu. Melainkan, kita dah discuss sama-sama to do this and that, barulah worth it. Jangan main bedal atau sambar hasil kerja orang lain tanpa ada effort pun. Khuatir, tak berkat. Sesiapa yang cuba untuk buat macam ni, fikirlah banyak kali. Soal diri sendiri,
"Dia dah susah payah bersengkang mata nak buat tugasan tu, sanggup aku tiru dia?"
"Berkat tak kalau aku tru dia? Andai kata aku berjaya atas hasil titik peluh orang lain, berkat hasil rezeki aku pada masa akan datang? Berkat tak nak beri kepada parents aku untuk kerjakan ibadah di Mekah nanti?
Haa, renung-renungkan.
7) Minta maaf. Sebelum hadapi peperiksaan besar, segeralah mohon maaf dari kawan-kawan, ibu bapa, pensyarah, dan orang terdekat. Supaya mudah kita nak menghadapi peperiksaan. Misalnya, walaupun ada kuiz esok hari, saya akan call umi abah, mohon maaf dari mereka. Dan suruh mereka doakan saya. Sebaiknya, spesifikkan subjek tersebut, so that mereka boleh doakan.
Cth: "Umi, Ekin ada kuiz esok. Umi doakan Ekin dapat jawab ya subjek Business Mathematics esok"
Haa.. Cengitu..
So, ini saja yang mampu saya kongsikan buat masa ini. Jika rasa input di atas mampu membantu yang lain, share-lah :) Thanks sebab sudi meluangkan masa membaca perkongsian ini.
#p/s: Berikut merupakan bukti a.k.a testimoni la. Jangan anggap saya riak, just nak share :)







