Sunday, 12 April 2020

RESEPI HOMEMADE PIZZA

-HOMEMADE PIZZA WITH BEEF, MUSHROOMS AND SAUSAGES-



♦️DOH PIZZA♦️

📌Bahan A:
🔅1 pek yis mauripan
🔅2 sudu susu pekat
🔅2 sudu gula
🔅3/4 cawan air suam
[campur semua Bahan A, biarkan kembang]

📌Bahan B:
🔅4 mug tepung gandum
🔅6 sudu minyak masak
🔅1 sudu baking powder
🔅2 sudu teh garam

📌 Cara-cara:

1) Gaul Bahan B hingga jadi serbuk roti.
2) Campur Bahan A ke dalam Bahan B. Gaul rata. Pastikan doh tidak melekat pada tangan. Jika masih melekat, tambah tepung.
3) Biarkan doh kembang selama 15 minit sebelum menguli doh untuk membuat pizza.
4) Selepas 15 minit, uli doh. Pastikan doh tidak terlalu tebal.

♦️PIZZA TOPPING♦️

📌Bahan-bahan:
🔅Cendawan butang (dalam tin, dicincang halus)
🔅Sausages (dipotong bulat/serong, tidak perlu goreng)
🔅Daging (goreng dengan garam+ lada sulah+ perasa, medium cook sahaja)
🔅Sos tomato
🔅Mayonis
🔅Cheddar cheese (jika beli Chesdale etc, hiris dahulu)

📌Cara-cara:
1) Gaulkan sos tomato dan mayonis. Sapukan atas doh pizza. [Jika rajin, sauce tu boleh tumis bawang holland, pati tomato, sos cili, garam, perasa]
2) Taburkan sausages, daging, mushrooms, dan cheddar cheese atas doh.
3) Bakar pizza dengan pembakaran atas bawah, suhu 180•c dalam tempoh masa 30-40 minit.

⚠️Siapa nak express, salut doh pizza dengan sos tomato dan mayonis sahaja. Nak pedas,makan dgn sos cili lepas siap dihidang.
⚠️Pastikan doh tak tebal. Supaya tepung masak dari dalam.

@iam_puterinorashikin

🌹SELAMAT MENCUBA🌹

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita #tastesbetterthanitlooks

Thursday, 9 April 2020

RESEPI DONUT GEBU

-DONUT GEBU-

Anda mahukan donut yang gebu?
Kembang cantik?
Lembut tatkala masuk ke dalam mulut?




Lekas cuba resepi di bawah;

📌Bahan A:
🔅1 pek yis mauripan
🔅1 sudu susu pekat
🔅1 sudu gula
🔅1/2 cawan air suam
[campur semua Bahan A, biarkan kembang]

📌Bahan B:
🔅2 cawan tepung gandum
🔅3 setengah sudu minyak masak
🔅1 sudu baking powder
🔅1 sudu garam

📌 Cara-cara:
1) Gaul Bahan B hingga jadi serbuk roti.
2) Campur Bahan A ke dalam Bahan B yang digaul sebentar tadi. Gaul rata.
3) Biarkan doh selama 15 minit. Tutup dengan penutup untuk biarkan kembang seketika.
4) Selepas 15 minit, keluarkan doh yang telah kembang. Tumbuk adunan dan bentukkan donut.
5) Biarkan donut selama 15 minit sebelum menggoreng.
6) Selepas 15 minit, goreng donut dalam minyak dengan api perlahan.
7) Angkat dan biarkan seketika. Salutkan gula.

⚠️Biarkan donut hampir sejuk sebelum salut dengan gula.

Untuk lebih perkongsian, boleh ikuti instagram saya @iam_puterinorashikin. Jangan lupa untuk "like" instagram posts saya. Terima kasih.

🌹SELAMAT MENCUBA🌹

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita

Saturday, 4 April 2020

RESEPI KEK BUTTER SUKATAN CAWAN

FLUFFY BUTTER CAKE WITH CHOC CHIPS

Anda mahukan kek butter yang gebu gebas?
Rasa cair dan moist di dalam mulut?
Tetapi tidak muak?

Jom cuba resepi di bawah. Yang pasti enak, in Shaa Allah.

For more sharing, you can follow my insta @iam_puterinorashikin. Don't forget to like my insta posts. Thanks.

📌Bahan-bahan:
🔅4 biji telur
🔅1 cawan butter
🔅1 cawan brown sugar
🔅2 cawan tepung gandum
🔅1 sudu kecil baking powder
🔅1 sudu besar susu F&N
🔅1 sudu kecil esen vanila

📌 Cara-cara:
1) Pukul butter dan brown sugar hingga kembang
2) Masukkan telur satu per satu
3) Pukul adunan hingga kembang
4) Masukkan esen vanila dan susu F&N
5) Masukkan tepung gandum dan baking powder
6) Bakar adunan kek selama 35-40 minit pada suhu 160•c

⚠️Jika ingin kurangkan manis, tidak perlu letak 1 sudu susu F&N. Atau boleh kurangkan brown sugar menjadi 3/4 cawan.
⚠️Biarkan kek hampir sejuk, baru potong untuk dapatkan potongan yang cantik. Kek agak moist.

insta: @iam_puterinorashikin

🌹SELAMAT MENCUBA🌹

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita






RESEPI ROTI KERING

ROTI KERING BERGULA HOMEMADE

Roti nak expired? Tak nak membazir?
Jom berjimat dengan mengikuti resepi mudah dan enak seperti di bawah...



📌Bahan:
🔅Roti
🔅Planta
🔅Gula

📌 Cara-cara:
1) Ratakan planta/butter atas roti
2) Potong 4 @ panjang seperti jejari (mengikut kreativiti masing-masing)
3) Salut dengan gula (Letakkan gula di dalam pinggan, tekapkan roti atas gula untuk mendapatkan tekapan gula yang rata pada roti)
4) Panaskan oven selama 5 minit sebelum membakar roti. Set temperature170•c/180•c. Guna pemanasan atas bawah.
5) Bila oven sudah sedia, bakar roti selama 25-40 minit (bergantung jenis @ jenama oven)
6) Bila dah siap, letakkan ke tepi. Biarkan suam @ hampir sejuk sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

⚠️Sapu planta/butter dan gula pada satu permukaan roti. Bukan kedua-dua belah.
⚠️Biarkan suam/hampir sejuk sebelum letak ke dalam bekas kedap udara. Untuk elak roti kering menjadi liat, agar tahan lama.
⚠️Pastikan roti yang dibakar tidak liat dan roti haruslah rangup.
⚠️Kerangupan roti atas selera masing-masing. Boleh laraskan suhu atau tempoh masa membakar.

For more sharing, you can follow my insta @iam_puterinorashikin. Don't forget to like my insta posts. Thanks.

🌹SELAMAT MENCUBA

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita