-HOMEMADE PIZZA WITH BEEF, MUSHROOMS AND SAUSAGES-
♦️DOH PIZZA♦️
📌Bahan A:
🔅1 pek yis mauripan
🔅2 sudu susu pekat
🔅2 sudu gula
🔅3/4 cawan air suam
[campur semua Bahan A, biarkan kembang]
📌Bahan B:
🔅4 mug tepung gandum
🔅6 sudu minyak masak
🔅1 sudu baking powder
🔅2 sudu teh garam
📌 Cara-cara:
1) Gaul Bahan B hingga jadi serbuk roti.
2) Campur Bahan A ke dalam Bahan B. Gaul rata. Pastikan doh tidak melekat pada tangan. Jika masih melekat, tambah tepung.
3) Biarkan doh kembang selama 15 minit sebelum menguli doh untuk membuat pizza.
4) Selepas 15 minit, uli doh. Pastikan doh tidak terlalu tebal.
♦️PIZZA TOPPING♦️
📌Bahan-bahan:
🔅Cendawan butang (dalam tin, dicincang halus)
🔅Sausages (dipotong bulat/serong, tidak perlu goreng)
🔅Daging (goreng dengan garam+ lada sulah+ perasa, medium cook sahaja)
🔅Sos tomato
🔅Mayonis
🔅Cheddar cheese (jika beli Chesdale etc, hiris dahulu)
📌Cara-cara:
1) Gaulkan sos tomato dan mayonis. Sapukan atas doh pizza. [Jika rajin, sauce tu boleh tumis bawang holland, pati tomato, sos cili, garam, perasa]
2) Taburkan sausages, daging, mushrooms, dan cheddar cheese atas doh.
3) Bakar pizza dengan pembakaran atas bawah, suhu 180•c dalam tempoh masa 30-40 minit.
⚠️Siapa nak express, salut doh pizza dengan sos tomato dan mayonis sahaja. Nak pedas,makan dgn sos cili lepas siap dihidang.
⚠️Pastikan doh tak tebal. Supaya tepung masak dari dalam.
@iam_puterinorashikin
🌹SELAMAT MENCUBA🌹
#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita #tastesbetterthanitlooks


No comments:
Post a Comment