Thursday, 9 April 2020

RESEPI DONUT GEBU

-DONUT GEBU-

Anda mahukan donut yang gebu?
Kembang cantik?
Lembut tatkala masuk ke dalam mulut?




Lekas cuba resepi di bawah;

📌Bahan A:
🔅1 pek yis mauripan
🔅1 sudu susu pekat
🔅1 sudu gula
🔅1/2 cawan air suam
[campur semua Bahan A, biarkan kembang]

📌Bahan B:
🔅2 cawan tepung gandum
🔅3 setengah sudu minyak masak
🔅1 sudu baking powder
🔅1 sudu garam

📌 Cara-cara:
1) Gaul Bahan B hingga jadi serbuk roti.
2) Campur Bahan A ke dalam Bahan B yang digaul sebentar tadi. Gaul rata.
3) Biarkan doh selama 15 minit. Tutup dengan penutup untuk biarkan kembang seketika.
4) Selepas 15 minit, keluarkan doh yang telah kembang. Tumbuk adunan dan bentukkan donut.
5) Biarkan donut selama 15 minit sebelum menggoreng.
6) Selepas 15 minit, goreng donut dalam minyak dengan api perlahan.
7) Angkat dan biarkan seketika. Salutkan gula.

⚠️Biarkan donut hampir sejuk sebelum salut dengan gula.

Untuk lebih perkongsian, boleh ikuti instagram saya @iam_puterinorashikin. Jangan lupa untuk "like" instagram posts saya. Terima kasih.

🌹SELAMAT MENCUBA🌹

#recipe #baking #kitchen #inspiration #tasty #instagram #covid19 #KitaJagaKita