KISAH SI PAK TABAH 
.
Malam tadi, Puteri dan adik2 makan angin di Dataran Shah Alam.
Saja nak spend quality time
wif my siblings

Dapat tenangkan fikiran
juga!



Sampai sana je,, Puteri dan adik2 duduk atas tangga berhampiran dataran.
.
Lama berborak, datang seorang pak cik ke arah kami. Dia tanya "Adik, boleh pak cik tanya??? " Kami blurr seketika. Mata terkedip-kedip. Pak cik itu menanti jawapan kami. Sejenak, dia bertanya lagi, "Dikk,pak cik tumpang tanya boleh??? ", cepat2 kami balas "Boleh pak cik.. " Dapat dirasakannya bahawa kami tidak selesa atau takut krn didatanginya. Usai mengiyakan pertanyaanya tadi, dia melabuhkan punggungnya di atas tangga, beberapa jarak dari kami.
.
"Dik, pak cik ingat dlu.. Dataran ni ramai sgt orang. Ramai juga menjual. Pak cik ingat lagi, ada 2 org laki jual sate atas motor. Kenapa hari ni tak ada orang jual2?", dia bertanya sambil menunjukkan jarinya ke arah kanan dataran.
.
Jawab kami, "memang ada pak cik.. Tapi, maybe malam ni tak ada sebab dorang jual bila ada apa-apa acara". Benarlah, adik Puteri pernah menjejakkan kaki ke situ tatkala berlangsungnya tayangan bola, banyak gerai atau food trucks dibuka.
.
"Patutlah.. Pak cik ingat malam ni ada.. Sbb pak cik datang setahun yang lepas" balasnya. Kami terpinga-pinga mendengar jawapannya.
.
Mulalah, Puteri rasa curious. Tanyaku "Setahun? Lama juga ya.. Pak cik dari mana? "
.
"Pak cik dari Klang...pak cik naik bas rapid tadi ke sini"
.
"Ohh,, pak cik dari Klang.. Memang asal sana?? " tanya adik Puteri.
.
"Tak la, pak cik asal Melakaw.. Pak cik menjelajah. Cari tempat tido. Tadi pun, pak cik naik bas, nasib dorang kasi pak cik naik.. Sbb pak cik tak ada duit nak bayar tambang bas" Allahu,, perasaan kasihan kami tumpah padanya.
.
"Macam mana pak cik boleh datang sampai ke KL?" Puteri berasa hairan dan menunggu jawapan daripadanya dgn penuh setia.
.
"Pak cik tak ada keluarga. Dulu, pak cik pemandu lori seluruh Malaysia. Tapi, pak cik dah diberhentikan. Pak cik tak ada kerja. Dah cari merata. Pergi restoran dan warung. Katanya, tak nak ambil orang sbb dh cukup pekerja" luahnya dengan sayu.
.
Adik2 di sebelah sudah berkaca mata mereka. Tinggal butir2 jernih itu untuk menyembah ke bumi. Namun, sempat diseka.
.
"Pak cik memang tak ada keluarga langsung? " tanyaku lagi, dalam nada sedih.
.
"Pak cik dulu dibesarkan oleh arwah pak cik.. Cuma adalah 1 keluarga di Pulau Tioman"
.
"Pak cik tak cuba balik Pulau Tioman?" bertalu-talu pertanyaan keluar dari bibirku.
.
"Ya Allah, dik.. Kalau pak cik ada duit, pak cik dah balik balik ke Pulau Tioman malam ni juga. Sebab apa pak cik nak balik malam, sbb feri start pagi.. Kalau balik malam dari sini, sampai sana pagi. Boleh terus naik feri"
.
"Pak cik ingat jalan ke rumah keluarga pak cik tu? "celah adikku pula.
.
"Pak cik ingat. Ingat sangat. Sebab jalan kampung je dik" balasnya.
.
Sejenak, ekor mataku melirik ke arah beg kecil yang tergantung di bahunya. Puteri bertanya "Apa ada dalam beg tu pak cik? "
.
"Oh.. Beg ni orang baru kasi tadi kat Klang. Pak cik jalan kaki sebelum orang kasi naik bas. Dalam beg ni ada 2 baju t-shirt, 1 kain pelikat. 4 hari lepas, beg pak cik hilang di surau hospital. Dalam tu ada 5 baju kemeja, sejadah, songkok, baju melayu. Apalah dorang nak sangat, itu je pak cik ada.. Pak cik mana ada harta lain dah" rintihnya lagi.
.
Kemudian, Puteri lontarkan lagi pertanyaan "Kat hospital mana hilang beg pak cik tu? "
.
"Kat kospital besaw di Klang" "Ni pun, ada orang dermakan baju dan seluor", nyatanya sambil bibir menjuihkan ke arah t-shirt berbelang biru putih yang dipakainya dan seluar slack berwarna hijau. "Seluor ni pun dah berbau. 4 hari pakai. Nak basuh nanti, nak pakai apa masa tunggu kering? Pak cik pun tak sanggup bau sebab busuk dah. Orang lain pun tak sanggup bau pak cik rasa.. "luahnya. Allahu, kesiannya...
.
Seraya itu, Puteri mengajukan soalan "Pak cik dah makan? "
.
Lambat2 sambil tersipu malu, dia membalas "Hmm.. Kalau ada orang beri, adalah.. Kalau tak, tak makan la pak cik. Pak cik belum makan lagi"
.
Allahu, sedih mendengarkan kata-kata yang terbit dari mulutnya. Pantas, kami menghulurkan apa yang termampu. Dia menerima dengan hati terbuka walaupun riak mukanya jelas kelihatan malu untuk menerima.
.
Puteri dan adik2 mengalihkan pandangan seketika ke dataran di hadapan kami. Sambil itu, sempat bebola mataku melirik ke arahnya. Puteri dan adik2 perasaan bahawa pak cik itu terkumat kamit melafazkan "Alhamdulillah, syukur pada-Mu Allah" sambil mencium wang tersebut dan menyimpan ke dalam kocek seluarnya.
.
"Pak cik harap, malam ni tak hujan" dia memandang ke kiri kanan dataran.
.
"In shaa Allah, tak hujan pak cik.. Sebab tadi pagi hingga petang dah hujan" kami tahu dia mahu tidur di dataran itu. Hmm, kesiannya..
.
"Kenapa pak cik tak cuba tido di masjid atau surau? " tanyaku
.
"Sebab ada kes. Dorang takut duit tabung masjid atau surau hilang. Bukan semua orang sikap macam tu dik. Tapi, pak cik tak boleh nak cakap apa, sbb betullah, dorang mesti takut" balasnya
.
Allahu.. Perasaan simpati kami tidak henti2 tumpah kepadanya. Malam ni kita tidur selesa di atas katil, dia? Hanya berlantaikan jubin keras dan berbumbungkan langit yang terdedah, menanti hujan atau sebaliknya. Dengan kesejukan puing-puing angin yang mungkin akan membalut tubuhnya yang sekeping itu.
.
Lama berborak, tiba masanya untuk kami gerak. Dek hari semakin gelap. Tidak baik lama-lama di luar. Keselamatan adikku perlu dijaga. Kami mempamitkan diri sambil mendoakan yang baik2 untuknya.
.
.
.
.
Pesanan untuk kita semua, jika punyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya. Jangan diabaikan. Mungkin mereka banyak kerenah, atau tidak mahu mendengar kata. Biasalah, umur meningkat dan sudah lanjut usianya. Dulu, mereka jaga makan pakai kita, basuh berak kita, layan rengekan kita pagi dan malam tika sedang lapar/dahaga/sakit. Kini? Pengorbanan kita pula..Jagalah mereka. Jangan diserahkan kepada orang lain. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani,mengasihi,dan menyayangi kita. Pengorbanan dan kasih mereka tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Jangan halau mereka dari rumah. Derhaka namanya!!!

.
"Ya Allah, jadikan kami anak yang mendengar kata, menyayangi ibu bapa apa adanya, menjaga mereka dengan baik hingga hayat mereka sudah tiada. Jangan jadikan kami anak yang lupa diri, seperti si tanggang/kacang lupakan kulit. Jauhkan kami daripada perangai2 negatif ini. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mendengar" Allahumma amin..
.
Andai kita terjumpa orang yang memerlukan,bantulah semampu mungkin. Jika terjumpa gelandangan, berilah makanan/pakaian/payung/tempat untuk mereka baring/wang.Sedekahlah kerana ia akan meluaskan pintu rezeki. Kasihanilah mereka. Begitu juga, orang susah atau anak yatim.
.
.
Sekian, minta maaf andai ada salah dan silap
Ig: iam_puterinorashikin