Friday, 11 December 2015

LOVE YOUR MOM

Assalamualaikum semua :)

Okay, hari ni saya nak share cerita.
Maybe, korang boleh ambil pengajaran, In Shaa Allah...

Cerita ni tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati tau...

Al-kisah, ada sorang remaja perempuan ni, dia merupakan anak bongsu daripada 5 beradik. Dia satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga (so, manjalah sebab yang lain semua lelaki). 
Ibu dia doktor, abah dia peguam (berkarisma kan dorang?, hope I'll be like them one day). Okay, korang pun tahu kan, kalau dah ibu kerja doktor, mesti selalu busy kn sebab asyik on-call. Tapi, kita tak boleh salahkah seseorang yang sibuk untuk membantu orang lain, like her (doctor). Tugas tu mulia apa.. Nak dijadikan cerita, hospital tu dah jadi rumah kedua untuk ibu dia. So, ibu dia banyak habiskan masa di hospital daripada luangkan masanya dengan anak dia (remaja perempuan tadi). 
Si Abah pula kan peguam, tapi tak sesibuk ibunya. Abah dia seorang yang garang, tapi akan lembut pada anak gadisnya itu. Al-maklumlah sayang satu-satunya anak perempuan dia. hehe...Abah dia akan selalu bersama dengan remaja perempuan ni, bergelak ketawa bersama, berkongsi cerita, dan meluahkan rasa yang terbuku di hati.
    Korang tahu tak, sebabkan ibu dia asyik busy, remaja perempuan ni mula membenci ibu dia. Dia rasa abah dia ada pun tak apa, even kalau ibu dia tak ada... Dia dah membenci ibu dia selama berbelas tahun since ibu dia menjawat jawatan sebagai doktor. 
   Satu hari, Allah uji keluarga dorang. Abah perempuan tu kan peguam, tak tahu pula ada banyak masalah kat syarikat guaman dia sampai menyebabkan abah dia meminjam Along sebelum ni (tanpa pengetahuan isteri dan ahli keluarga). Episod duka mula membelenggu keluarga dorang (kesian kan?)
First, dorang dapat ugutan bunuh daripada Along. Second, klinik ibu dia kena simbah cat merah sebagai tanda ugutan (ibu dia ada klinik sendiri sambil kerja di hospital). Third, abah dia dah bankrupt (pendapatan untuk sara keluarga sudah hilang).
   Korang tahu tak, masa tu, ibu dia yang terpaksa tanggung mereka sekeluarga dari segi pakaian, rumah, mahupun makan minum.Walaupun banyak gertakan yang ibu dia dapat daripada Along, tapi ibu dia still tabah. Yang paling menarik, ibu dia tak pernah mengalirkan titis mutiara daripada matanya. Padahal, abah dia selalu share masalah dengan remaja perempuan ni dan menangis. Situasi ni menyebabkan si anak tersentak dan berfikir " Ya Allah, aku telah salah menilai ibuku sendiri, aku menyimpan dendam padanya, padahal dia bukan lemah seperti yang aku jangkakan. Ibuku tabah, seperti lelaki tanpa menitiskan air mata di depanku. Ya Allah, aku terlalu buta! Buta dengan pengorbanan yang telah ibuku tabur kepada kami sekeluarga." 
   Si anak merintih dalam diam. Tanpa mengeluarkan sebarang sedu sedan depan abahnya. Dia rasa menyesal sebab membenci ibunya selama berbelas tahun. Dia rasa menyesal sebab tak mensyukuri anugerah Allah yang Maha Hebat (anugerah: ibunya). 
    Si anak bermuhasabah diri, apa kesilapan yang pernah dia lakukan kepada ibunya, segera diimbas kembali. Bila ibu dia balik, segera pinggang ibunya dirangkul kemas, sambil meminta maaf. Yang paling penting, ucapan terima kasih yang tak perrnah diluahkannya sebelum ni akhirnya terlepas jua.
    Lama lepas tu, hidup keluarga dorang mula stabil. Along dah tak kacau sebab everything dah settle. Alhamdulillah... Remaja perempuan ni pula dah mula menjadi anak yang solehah buat ibunya. Bila waktu free, always lepak di klinik ibunya. Makin erat! Masing-masing bahagia :) 

So, moral of the story:

1) Love your mom no matter what you go through and no matter how much you argue because in the end, she will always be there for you.

2) Keep calm and love your mom.

3) Appreciate your mother, because you will never get another.

4) Always sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kita (Al-Fatihah bukan untuk orang yang dah meninggal sahaja). Doakan yang baik-baik untuk mereka. Doakan mereka sentiasa sihat, selamat di dunia dan akhirat, dilimpahkan rezeki, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertaqwa, dan masuk ke dalam syurga. Amin :)

Actually, banyak lagi doa yang boleh korang aplikasikan untuk parents korang. 

Thank You sebab sanggup singgap ke blog saya yang biasa-biasa ni. Semoga korang, juga saya boleh ambil pengajaran :)

Strive to jannah! May Allah bless all of you. 




4 comments:

  1. Sorry.. citer dia sedih.. tpi takleh nangis.. hahahah *gurau j la

    ReplyDelete
  2. Haha.. Munir, bru prasan hang comment.. Ow.. Mungkin not in a novel version.. So.. Tu x dpt jatuhkn air mata hang tu.. Nnti la sy buat haha

    ReplyDelete